Followers

Saturday, July 19, 2008

Sabtu datang lagi

Salam sabtu yang menjelma lagi. Pagi ni masih menemankan husband aku dekat tempat kerja dia. Permai betul pagi ni. Sejuk betul. Jalan raya sunyi je.Petang tadi puas mandi manda dekat Port Dickson. Dek ekoran bosan takde aktiviti, apalagi Port Dicksonla tempat tujuan. Kekadang sunyi juga rasa berdua ni. Dah 2 tahun menunggu bila cahayamata kami akan kunjung tiba. Tapi aku redha semua ni ketentuan Allah. Moga-moga kami akan dikurniakan zuriat yang terdiri dari anak yang soleh dan solehah. Aminn....Teringat pula pasal citer yang aku tengok dekat Astro Kirana semalam, Tajuk die "Water". Best jugak jalan citernya. Kisah pasal perjuangan balu di India tahun 1938. Segalanya terpaksa diubah dari cara berpakaian sampailah cara kehidupan mereka seharian. Mereka berpakaian sari putih dan dibotakkan kepala.Balu-balu ini dianggap satu dosa andai ada hubungan dengan orang awam yang lain terutamanya lelaki. Juga mereka ni dianggap sial andai bayang mereka menyentuh pasangan suami isteri yang ingin berkahwin. Kesian betul. Tapi akhirnya nasib mereka terbela dengan kehadiran Mahatma Gandhi yang memperjuangkan kebebasan kepada semua manusia.

No comments: