Followers

Sunday, July 27, 2008

Terharu-haru gilerrr.....



Memula aku bukak blog aku..terkejut jap..bila lak ada tajuk today, tomorrow and yesterday..fuhh..siap pakai ink pink lagi tu....tengok-tengok my hubby...punya coretan..bagiuh dok ado la...ada gak yang sudi mencoret bersama aku kat sini...Hari ni tak masak langsung..makan luar lagi...apo laiee..makanan kegemaran kami berdua la..nasi goreng ayam plus sup..fuhh..memang sodappp...lelama aku pun dah boleh hidup kat Negeri Sembilan ni..walaupun sunyi sikit sebab jauh dari family dan kengkawan...sapa laie..Rabon la....(promote Rabon kat sini)....

yesterday, today, tomorrow

tepat jam 12oo malam. hari ini dah masuk 28 july 2008. kalau diimbaukan semula 10 tahun yang lalu tahun 1998.. aku masih menuntut di tingkatan 4 di sebuah sekolah agama yang terulung di negeri jelapang padi. dengan pakaian uniform sekolah yang serba putih.. bersongkok hitam.. ramai anak-anak dara teringin nak ambik jadi laki.. termasuk la.. bini aku.. kawan bini aku.. dan wanita-wanita yang menjadi isteri kepada bekas2 pelajar sekolah tersebut.. tapi itu semua ketetapan yang tuhan... mungkin bukan sebab sekolah mahupun pakaian.. ada banyak sebab2 terselindung yang kita tak tau.. hanya mereka dan tuhan jer tau...
itu cerita sepuluh tahun yang lalu.. sekarang 2008 .. banyak yang berubah.. masing2 dah beristeri dah bersuami.. ada yang dah bergelar ibubapa. ada juga masih bergelar bujang yang mengintai-intai di sebalik jendela mencari cinta. 10 tahun berlalu... ekonomi, politik,sosial, bagi aku banyak berubah. yang buat aku terasa sekarang kadar perbelanjaan sekarang makin meningkat. apa yang ada dengan nilai RM10? dulu rm 10 leh dapat petrol 5.21 liter.. sekarang.. 3 liter lebih jer.. alahai ciput nyeerr.. bagi aku yang merantau di sebelah selatan perbelanjaan dapur mmg terasa mahalnyer. aku pernah beli ikan kembung 1 kg rm 10 di pasar besar salah satu daerah di negeri sembilan.. bayang kan..itu baru ikan.. macam mana lagi beras,ayam, sayur daging ? nak beli maggie pun .. dah naik 10 sen!! itu perbelanjaan dapur.. perbelanjaan pulang kekampung.. nun utara sana.. RM 1500 dalam tangan..tol minyak.. dah lima ratus.. lagi seribu tuh buat belanja2 di kampung.. yer laa kan takkan balik kampung duduk rumah gigit jari jer kot.. kantoi laaa.... aku bukan merungut.. tapi nak cerita.. 10 tahun dulu dengan sekarang.. dulu rm 2 pun bleh beli dunhill 7 batang.. sekarang.. jangan harap laa.. dulu isi minyak rm 20 pun dari kedah ke penang pun sampai.. sekarang.. isi minyak 20 ringgit.. lepas la nak pusing2 bandar seremban.
benda yang dah naik.. susah dah nak turunkan.. yang turun sekarang pun hujan.... dah tak kira musim dah hujan turun sekarang.. hujan sekarang turun mengikut suka ati jer.. untuk menampung perbelanjaan aku nie.. kerja part time pertama yang aku buat di sini ialah menoreh getah.. macam kelakar jer.. mula2 aku motong getah tahun 2005.. hasil bodek aku dengan orang kampung dapat laa kebun getah sekankang kera untuk di belasah. harga sekilo getah masa tuh rm 1.70 ..ramai yang ketawa berguling2 masa tuh kat aku.. badan bau busuk.. baju bau busuk.. pirahh.. masa belanja minum air nak lak derang lepak sekali.dengan duit jual getah tuh laa sikit2 bleh simpan duit nak menikah.. so sampai sekarang masih juga dengan hobi yang sama.. menoreh getah.. dengan harga melambung2 1 kg = rm 4.70. kebun getah pun dah jadi highway orang kuar masuk.. tak kira pagi petang malam.. siang pergi noreh.. malam sebat getah kebun sebelah. biaser laa dah ader harga. yang sedih nyer.. aku motong 1 bulan 6 hari jer.. kadang 12 ari.. ikut tahap kerajinan la.. kalau malas tuh.. malas juger ler...yang mengembirakan, isteri aku sanggup join sekali pungut getah skrap..kadang2 pergi juge motong.. walaupun calar balar pokok tuh di buat nyer.. tapi aku bangga.. ada juga orang tersayang menyokong aku dari belakang.. dengan kelulusan yang dia ader.. mmg tak patut dia buat kerja2 macam tuh.. tapi inilah di namakan pengorbanan seorang isteri buat suami.
cuba bayangkan 10 tahun akan datang 2018.. apa pulak akan terjadi.. kita tunggu 28/07/2018
waktu tu.. hari ini adalah sejarah.. nostalgia kehidupan kita yang lalu semakin jauh meninggalkan kita dengan seribu kenangan pahit manis. mungkin hari ini aku part time menoreh getah, sepuluh tahun lagi full time pemilik ladang getah berpuluh2 ekar. waktu tuh aku dan isteri ku di kurnia 5 orang cahaya mata insyaalah.. bagaimana pulak dengan ibu bapa ku.. ibu bapa mertua ku.. masih adakah lagi mereka? ataupun diriku.. isteriku..? tak semua masa depan yang aku impikan menyeronokkan.. adakalanya... aku sendiri berasa takut nak hadapinya. apakah sumbangan aku kepada orang tua ku?.. cukup kah dengan menelefon tanyakan khabar.. hulur duit tiap2 bulan mampu mengembirakan hati orang tua ku..? dengan jarak dan waktu yang ada sekarang.. 1 tahun.. hanya 2 kali aku dapat balik.. bertemu ibu bapa ku.. ibu bapa mertua ku.. cukup ker bagi mereka semua nie. dengan pengorbanan yang mereka lakukan... berbaloikah dengan apa yang mereka dapat sekarang?
10 tahun lepas..?! 10 tahun akan datang...?! yang penting hari ini.. aku akan guna kan hari yang ada ini dengan sebaik mungkin.. aku taknak sia2 kan peluang yang ada. dalam alquraan pun tuhan dah berfirman.. "demi masa manusia dalam kerugian" . pepatah melayu pun ada sebut "waktu itu mas." akhir sekali... rebut lah peluang yang ada. hargai lah apa yang kita ada. ingatlah lima perkara sebelum lima perkara..kita senderi sedia maklum.. aku nk tulis.. tapi luper plak.. lu pikir laa sendiri.....

yang bener-bener aja...
your husben...

Wednesday, July 23, 2008

Macam-macam....

Aku masuk macam-macam kuiz yang ada kat Sinar Fm, saja suka-suka hati hantar. Kalau menang berbaloila sebab aku guna internet free of charge. Tengok suami aku dah tidur...aku rasa tak ngantuk lak..terusla masuk blog aku ni..kiranya macam diari kedua aku la....

Tuesday, July 22, 2008

Oshin...Oshin

Erm..hari ni malas tul rasa nak buat apa kerja pun..masak pun sempoi-sempoi je...jap lagi nak balik buat sambal belacan buat my dear husband..nak makan sambal gak hari ni dia...Opss..lupa lak nak citer pasal Oshin..hari-hari kul 12 tengah hari citer tu la yang aku tunggu-tunggu...aku suka tengok citer tu..kekadang insaf gak rasa..rasa kurang berusaha dalam hidup ni..tengok macam Oshin..siang malam usaha cari rezeki..dari kedai ikan yang kecik..sampaila ke Supermarket dia boleh buat..agaknya semua Orang Jepun camtu..gigih bekerja..siang malam..patutla negara diaorang maju gilerr...Orang Malaysia pun patut macam tu..Agaknya apa yang aku nak usahakan sampai berjaya..minat aku kat mana agaknya????Ijazah aku berlapuk kat dalam laci..entahlah..lama-lama jadi pekasam agaknya......

Saturday, July 19, 2008

Sabtu datang lagi

Salam sabtu yang menjelma lagi. Pagi ni masih menemankan husband aku dekat tempat kerja dia. Permai betul pagi ni. Sejuk betul. Jalan raya sunyi je.Petang tadi puas mandi manda dekat Port Dickson. Dek ekoran bosan takde aktiviti, apalagi Port Dicksonla tempat tujuan. Kekadang sunyi juga rasa berdua ni. Dah 2 tahun menunggu bila cahayamata kami akan kunjung tiba. Tapi aku redha semua ni ketentuan Allah. Moga-moga kami akan dikurniakan zuriat yang terdiri dari anak yang soleh dan solehah. Aminn....Teringat pula pasal citer yang aku tengok dekat Astro Kirana semalam, Tajuk die "Water". Best jugak jalan citernya. Kisah pasal perjuangan balu di India tahun 1938. Segalanya terpaksa diubah dari cara berpakaian sampailah cara kehidupan mereka seharian. Mereka berpakaian sari putih dan dibotakkan kepala.Balu-balu ini dianggap satu dosa andai ada hubungan dengan orang awam yang lain terutamanya lelaki. Juga mereka ni dianggap sial andai bayang mereka menyentuh pasangan suami isteri yang ingin berkahwin. Kesian betul. Tapi akhirnya nasib mereka terbela dengan kehadiran Mahatma Gandhi yang memperjuangkan kebebasan kepada semua manusia.